Mentor

>> Monday, May 3, 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sejak 1-2 minggu ni aku rasa macam down sket..mcm2 benda yg telah & akan berlaku kat aku...as a real estate agent plak, dah beberapa bulan aku tak close deal..listing rumah ada, tp tak dapat nak close lg..maybe lately ni aku sibuk dgn pindah rumah, pindah tempat keja, etc so pikiran aku byk fokus kat benda2 ni dari keja part time aku..

semlm aku tergerak hati nak jumpa mentor aku dlm real estate ni, abg mat...dia la yg bertanggungjawab bawak aku masuk line real estate ni, as an agent..aku kenai dgn dia pun masa aku tgh dok carik rumah utk dibeli area bangi..dia la antara agen yg aku jumpa...deal tak berjaya close tp lastly dia approach aku utk jd real estate agent. Byk la yg dia cerita kat aku pasal real estate & properties ni, which is for me very interesting, yg membuatkan aku decide to know more about it. Bermula dari situ la aku mula berjinak2 dgn bidang ni..x sampai pun sethn lg..tak setahun jagung pun..hehehe..bln 6 ni baru 1st anniversary aku..

InsyaAllah, aku target satu hari nanti aku akan buat keja ni secara full time...aku rasa jiwa aku dah mula sebati dgn properties ni..skrg ni aku tgh build up foundation..kenal2 dgn valuers, bankers, agent2 lain, lawyers etc. Kena close byk deal lagi to gain more experience...Wifey aku pun byk bagi support utk aku buat full time keja ni...but not now, until u think u're stable enough & can stand without a fix income...katanya. Thanks Dear for the support :-)

Berbalik pada cerita mentor aku ni...aku panggil dia mentor cos dia byk bg nasihat & tunjuk ajar kat aku..since aku pun baru as a real estate agen, so aku perlukan seorg mentor..even dlm Islam pun ajar kita utk belajar dgn guru/mentor..apa2 yg kita nak buat/belajar, mesti carik guru..

Abg Mat pesan kat aku kalu nak buat keja ni, kita kena jujur, ikhlas dan amanah..jgn sekali2 menipu...jgn cepat berputus asa, kalu setakat 2-3 kali tak close deal tu jgn cepat mengeluh...Allah tu maha adil, Dia dah tetapkan rezeki untuk setiap hamba-Nya...yang penting kita kena berusaha, yakin, kuat semangat, berdoa dan bertawakal...dia cerita kat aku sepanjang 4 thn dia buat real estate ni, dah berpuluh2 kali dia kena tipu dgn orang; owner, buyers etc...kadang2 tu rezeki dah dpn mulut, tp x dpt jugak..ada sekali tu 3 bln berturut2 dia x dpt close deal...nasib baik bini keja, blh cover, nak bayar keta la, rumah la, anak2 sekolah, makan minum..sedih jugak aku dgr cerita dia...dia pesan lagi, kalu boleh amalkan solat sunat Dhuha, InsyaAllah Tuhan akan bukakan pintu rezeki tanpa kita sedari...selalu berdoa, x kira dlm apa keadaan dan situasi pun, kerana doa itu senjata org Mukmin.semua ni aku tau, cuma kadang2 tu biasala, manusia nikan pelupa, kena ada org ingatkan...hehehe

Banyak la nasihat& pengalaman yg dia share dgn aku yg menjadi pembakar semangat untuk aku terus mara ke depan...Harap korang pun dapat la sket apa yg aku kongsikan kat sini utk pedoman semua...salam.

0 comments:

About This Blog

Blog ini berkaitan personal, financial & properties. Segala komen, nasihat, cadangan dan pendapat dari pembaca adalah amat dialu-alukan

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP