Update Mentari Court - Beli Rumah Dapat Duit

>> Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah, hari ni rumah aku kat Mentari Court tu dah disewakan. Aku bagi sewa kat budak2 student UITM. Aku tanya apsal nak menyewa kat PJ padahal blaja kat UITM. Rupa2nya diorang keja part time kat satu butik di Sunway Pyramid. Dalam ramai2 yg call, aku bg kat diorg. Aku pun tak tau kenapa..Maybe sbb cewek kot..hehehe..Yg call aku tu ramai foreigners..dari China, Bangladesh, Tanzania & tak kurang jugak students2 local dari Taylor & TAR..kolej TAR kampus Kelana Jaya akan pindah ke bangunan Taylor College dulu...so, lps ni demand dr students semakin bertambah2 la...

Dulu aku tak paham bila org sebut beli rumah dpt duit..macamana tu?..Bila aku studi, baca buku, blog etc & aku praktikkan, rupa2 nya betul la...aku beli rumah ni bukan jer dpt balik duit deposit aku, tp dapat lagi duit extra...hehehe.
Jom kita buat kira2 sket

Harga Rumah - RM 105,000
Deposit 10% - RM 10,500
Balance 90% - RM 94,500

Mark Up Loan - RM 120,000
Loan Bank (90% - RM 108,000

Basically, loan aku 102%....maksudnya, aku tak keluar downpayment tp bank bg lg duit extra RM 3,000 (RM 108,000 - 105,000)..part ni korang paham kan?

La ni mai kita tgk expenses plak
1.Lawyer fees - RM 2,697 (loyer pulangkan blk RM 500, sbb lawyer tu member lama..hehehe). Meaning that duit loyer RM 2,167 jer

Kos repair, pasang kipas, cat etc RM 1136.40. (Owner bayar RM 700 drpd kos repair utk defect masa penyewa lama). So, kos repair actually RM 436.40 jer yg aku top up.

Since rumah tu aku nak mark up sewa, so aku buat partial furnish...kos utk furnitures & barang2 letrik - RM 3899

So duit yg aku expense:

Kos lawyer - RM 2167
Kos repair - RM 436.40
Kos furniture & barang2 letrik - RM 3899
Total - RM 6502.40
Duit bank bagi 'free' - RM 3000
Meaning that duit dari poket aku sendiri yg sebetul2nya aku guna - RM 3502.40 (total expense - duit bank bg 'free')...kurang lg daripada kos furniture..hehehe

Meh kita kira ROI plak

ROI = Sewa bulanan X 12 bulan (tempoh utk sethn)
--------------------------------------
Harga Belian

So, dalam kes rumah aku ni

ROI = RM 1000 X 12
------------
RM 105,000
= 11.43% - boleh la cukup2 makan..hehehe

So, saper kata tak blh beli rumah free...bank bg duit extra lg...hehehe. Dah tau teknik so blh buat lg lps ni.





Read more...

Apa Yang Saya Mahu?

>> Friday, June 11, 2010

Dah lama betul takde posting baru kat blog aku ni...2-3 minggu ni agak sibuk uruskan pasal rumah sewa aku...repair, masuk perabot, tukar nama, settle bill2 tertunggak etc...next posting nanti aku update pasal rumah sewa aku tu

3 minggu lepas jugak aku ada attend seminar Hartawan Hartanah anjuran Bri & partners. Seminar yang sangat bagus dan byk membuka minda aku pasal properties investment ni..lps seminar tu aku ambik masa agak lama jugak utk "cooling off period", berpikir dan merancang arah tuju aku slps ni..mengatur strategi dan tindakan yg perlu diambil utk mencapai matlamat aku..skrg ni aku dah start bertindak sikit2, consolidate commitment aku, bukak akaun utk wealth cycle investing (WCL)...org kata biar buat sikit2 dulu, daripada tak buat apa2 langsung kan?

Rules of thumbs utk menjadi org yg success dlm apa saja yg kita buat, especially dlm properties investments ni kita kena ada jawapan kepada 2 soalan yg penting: 1."Apa yang saya mahu" dan 2."kenapa saya mahu?".

Jawapan untuk soalan pertama mesti jelas; apa, bila, berapa...ala, macam korang jawab paper sejarah kat sekolah dulu2 la..mesti cikgu cakap, jawapan kamu mesti jelas, ada fact & figure, baru blh dapat markah lebi..hehehe..Cthnya: "Saya mahu jadi kaya dengan net worth 1 juta dalam masa 10 tahun akan datang" Jawapan tu clear kan? . Jawapan utk soalan ke-2 adalah push factor utk kita bertindak mencapai apa yg kita mahu. Jawapan ada dlm diri kita masing2..so, seblm tetapkan matlamat kita, siapkan dulu jawapan utk 2 soalan ni.

Once we know our goals, than we have to be focused on whatever we do to achieve it. Apa sajer halangan dan cabaran yg mendatang mesti ditempuhi dgn tabah..ceh, ayat skema..hehehe

Alang2 nak set goal, biar set yg tinggi2, walaupun nampak macam mustahil..biar org kata mcm angan2 mat jenin pun...ayah aku selalu sebut dulu "Always aims for the stars don't aim for the moon, becuase if you failed you'll land on the moon"...amacam, boleh?..



Read more...

About This Blog

Blog ini berkaitan personal, financial & properties. Segala komen, nasihat, cadangan dan pendapat dari pembaca adalah amat dialu-alukan

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP