Update Mentari Court - Beli Rumah Dapat Duit

>> Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah, hari ni rumah aku kat Mentari Court tu dah disewakan. Aku bagi sewa kat budak2 student UITM. Aku tanya apsal nak menyewa kat PJ padahal blaja kat UITM. Rupa2nya diorang keja part time kat satu butik di Sunway Pyramid. Dalam ramai2 yg call, aku bg kat diorg. Aku pun tak tau kenapa..Maybe sbb cewek kot..hehehe..Yg call aku tu ramai foreigners..dari China, Bangladesh, Tanzania & tak kurang jugak students2 local dari Taylor & TAR..kolej TAR kampus Kelana Jaya akan pindah ke bangunan Taylor College dulu...so, lps ni demand dr students semakin bertambah2 la...

Dulu aku tak paham bila org sebut beli rumah dpt duit..macamana tu?..Bila aku studi, baca buku, blog etc & aku praktikkan, rupa2 nya betul la...aku beli rumah ni bukan jer dpt balik duit deposit aku, tp dapat lagi duit extra...hehehe.
Jom kita buat kira2 sket

Harga Rumah - RM 105,000
Deposit 10% - RM 10,500
Balance 90% - RM 94,500

Mark Up Loan - RM 120,000
Loan Bank (90% - RM 108,000

Basically, loan aku 102%....maksudnya, aku tak keluar downpayment tp bank bg lg duit extra RM 3,000 (RM 108,000 - 105,000)..part ni korang paham kan?

La ni mai kita tgk expenses plak
1.Lawyer fees - RM 2,697 (loyer pulangkan blk RM 500, sbb lawyer tu member lama..hehehe). Meaning that duit loyer RM 2,167 jer

Kos repair, pasang kipas, cat etc RM 1136.40. (Owner bayar RM 700 drpd kos repair utk defect masa penyewa lama). So, kos repair actually RM 436.40 jer yg aku top up.

Since rumah tu aku nak mark up sewa, so aku buat partial furnish...kos utk furnitures & barang2 letrik - RM 3899

So duit yg aku expense:

Kos lawyer - RM 2167
Kos repair - RM 436.40
Kos furniture & barang2 letrik - RM 3899
Total - RM 6502.40
Duit bank bagi 'free' - RM 3000
Meaning that duit dari poket aku sendiri yg sebetul2nya aku guna - RM 3502.40 (total expense - duit bank bg 'free')...kurang lg daripada kos furniture..hehehe

Meh kita kira ROI plak

ROI = Sewa bulanan X 12 bulan (tempoh utk sethn)
--------------------------------------
Harga Belian

So, dalam kes rumah aku ni

ROI = RM 1000 X 12
------------
RM 105,000
= 11.43% - boleh la cukup2 makan..hehehe

So, saper kata tak blh beli rumah free...bank bg duit extra lg...hehehe. Dah tau teknik so blh buat lg lps ni.





6 comments:

abang ensem June 20, 2010 at 1:27 PM  

Tahniah bro. That's d beauty of property investment.

dzqwr June 20, 2010 at 4:20 PM  

ok

dzqwr June 20, 2010 at 4:20 PM  

monthly installment?

Fauzi June 20, 2010 at 6:29 PM  

abg ensem
tq2...byk jugak blaja dr blog abg ensem:-)

Fauzi June 20, 2010 at 6:29 PM  

payed..
sewa 1k..bila nak jual condo kat damansara tu:-)

wakif July 6, 2010 at 1:11 AM  

salam kenalan... semoga sama2 kita dapat berkongsi ilmu...

About This Blog

Blog ini berkaitan personal, financial & properties. Segala komen, nasihat, cadangan dan pendapat dari pembaca adalah amat dialu-alukan

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP