Blog Ini Telah Berpindah
>> Friday, September 9, 2011
Assalamualaikum..
Everything about personal and money = personal + money
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa..aku rasa masih tak terlambat untuk aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua..mudah2an Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita menilai dan memperbaiki diri dalam segala amalan yg kita lakukan baik amalan dunia apatah lagi amalan akhirat...
Sejak 2 bulan kebelakangan ni, banyak peristiwa yg berlaku kat aku..ada yg baik dan ada yg kurang baik...first skali, aku dapat satu unit sub-sale kat Lagoon Perdana far below market value..yg ni utk aku sendiri la..hehee..asking price 98k, lps nego2 dpt 88k..huhu. Market value 125k..ni dah kita 30% below than MV...banyak beza tu..duit extra tu blh la rolling plak lepas ni..blh buat beli apa2 yg patut cos aku plan nak buat furnish rumah plak...apartment ni dekat dgn sunway pyramid & Taylor kolej..so, rental insyaAllah takde masalah..occupancy rate more than 90%..ROI boleh dpt 8% or more..okla tu, not bad.
Sehari lps close deal Lagoon Perdana tu, aku plak kena admitted. Seminggu jugak la aku kat KPJ Kajang..doctor diagnosed aku ada appendix, stones dgn gastrik..mak aiii..3 serangkai. terkejut btul aku, sebelum ni tak penah ada simptom2 sakit pun except sakit perut selama 2 minggu sblm aku masuk wad tu..doctor operate buang apendix cos aku punya apendix dah tahap kronik..doc cakap kalu biar sket lg benda tu boleh pecah dan menyebabkan maut....tp Alhamdulillah, Allah tu Maha Pengasih maka aku masih bernafas di atas bumi milik-Nya. Dua2 buah pinggang aku plak ada stones tp doc nak try keluarkan naturally sebab aku punya kecik jer, tak bahaya sangat katanya..just minum air masak banyak2 dan insyaAllah 90% kebarangkalian batu tu akan keluar tru air kencing. 3 minggu aku rehat kat rumah..sebln aku tak keja..best oooo cuti..hehehe. wifey aku byk ambil alih semua tugas2 yg biasa aku buat kat umah sepanjang tempoh sebln aku 'berpantang' tu..memang dia banyak sacrifice la utk famili kitorg...tu yg buatkan aku lagi bertambah sayang kat wife aku ni..hehehe
Selepas jer sembuh drpd operation, aku berjaya plak jual 2 rumah yg dah lama dok ada dlm listing aku...the best part is aku close deals tu dlm masa 2 hari berturut-turut..satu rumah tu buyer bayar cash...RM 440k cash...ni case aku yg terbest setakt ni la..hehehe..Alhamdulillah, ada la duit raya lebih tahun ni utk anak2 aku..hehehe. Itu la yg dikatakan rezeki kan..salah satu perkara yg Tuhan dah tentukan ke atas kita selain jodoh, ajal ialah rezeki..aku bersyukur sangat. Selepas Allah uji aku dengan sakit, akhirnya di ujungnya tu ada jugak kemanisan dan kegembiraan buat aku:-)...Allah Maha Adil
Semalam, anak aku yg bongsu, Luqman Faizi masuk wad plak..ada phlegm & virus kat paru2...2-3 minggu kebelakangan ni dia asyik batuk2 dan selsema..demam pun on and off..so, aku dgn wife bergilir2 jaga dia kat wad..tp hari ni dah nampak macam ok sket dah...kahak dgn batuk dah kurang..demam pun dah takde. Harap2 semuanya selamatla..aku kalu bab2 anak ni aku lemah sket...anak sakit sket pun aku dah tak bleh duduk dah..ni plak tgk anak kena masuk drip, ambik darah, kena buat fisioterapi..fisioterapi tu kena masuk wayar penyedut melalui hidung dan mulut utk sedut kahak..dah la budak tu kecik lagi, baru 5 bln...hmmm, dugaan, dugaan..
Bila pikir2 balik, aku masih bertuah cos ada orang lain yg lagi teruk ujian dan dugaan yg Tuhan bg kat dia...aku bersyukur dan redha dengan apa yg tuhan bagi kat aku...mungkin ni pengajaran dan peringatan utk aku sekeluarga...mungkin jugak sbg kifarat kat aku..yg baik dan yg kurang baik, dua2 tu ujian dari Allah...sesungguhnya Allah tidak akan meguji hambanya melainkan hamba-Nya itu dapat menerimanya...
Dulu masa wife aku operation utk lahirkan anak pertama, aku tgk dia seksa btul nak berpantang...tak boleh buat keja berat2, tak boleh makan sebarangan, mcm2 jenis ubat kena ambik...tp masa tu aku tak tau macamana sakit yg wife aku rasa...
hari Khamis lepas aku kena operate buang apendiks slps 4 hari di wad...semlm (sabtu) baru discharge..
operation kecik jer, tp seksa nak berpantang dan menanggung sakit tu Allah jer yg tahu..apa2pun aku bersyukur dgn ujian yg Allah bg kat aku ni..maybe tuhan nak uji aku supaya aku tak lupa pada-Nya...masa 'berpantang' ni buatkan aku byk berpikir ttg diri aku sendiri..ada org lain yg kena uji lg teruk dari aku....mungkin jugak Allah nak aku rasa apa yg wife aku rasa dulu...tak sampai separuh kot drpd sakit operate nak beranak..
byk jugak keja2 aku yg tergendala...aku just sempat letak earnest deposit utk lagoon perdana, tak sempat nak buat apa2 lg...kena tunggu aku sembuh sket baru bleh shopping loan, loyer etc..hari ni sepatutnya client aku nak view rumah kat cahaya SPK, pun terpaksa aku pass kat owner uruskan...hopefully aku cepat sembuh & blh cargas semula mcm biasa...
Alhamdulillah, hari ni rumah aku kat Mentari Court tu dah disewakan. Aku bagi sewa kat budak2 student UITM. Aku tanya apsal nak menyewa kat PJ padahal blaja kat UITM. Rupa2nya diorang keja part time kat satu butik di Sunway Pyramid. Dalam ramai2 yg call, aku bg kat diorg. Aku pun tak tau kenapa..Maybe sbb cewek kot..hehehe..Yg call aku tu ramai foreigners..dari China, Bangladesh, Tanzania & tak kurang jugak students2 local dari Taylor & TAR..kolej TAR kampus Kelana Jaya akan pindah ke bangunan Taylor College dulu...so, lps ni demand dr students semakin bertambah2 la...
Dulu aku tak paham bila org sebut beli rumah dpt duit..macamana tu?..Bila aku studi, baca buku, blog etc & aku praktikkan, rupa2 nya betul la...aku beli rumah ni bukan jer dpt balik duit deposit aku, tp dapat lagi duit extra...hehehe.
Jom kita buat kira2 sket
Harga Rumah - RM 105,000
Deposit 10% - RM 10,500
Balance 90% - RM 94,500
Mark Up Loan - RM 120,000
Loan Bank (90% - RM 108,000
Basically, loan aku 102%....maksudnya, aku tak keluar downpayment tp bank bg lg duit extra RM 3,000 (RM 108,000 - 105,000)..part ni korang paham kan?
La ni mai kita tgk expenses plak
1.Lawyer fees - RM 2,697 (loyer pulangkan blk RM 500, sbb lawyer tu member lama..hehehe). Meaning that duit loyer RM 2,167 jer
Kos repair, pasang kipas, cat etc RM 1136.40. (Owner bayar RM 700 drpd kos repair utk defect masa penyewa lama). So, kos repair actually RM 436.40 jer yg aku top up.
Since rumah tu aku nak mark up sewa, so aku buat partial furnish...kos utk furnitures & barang2 letrik - RM 3899
So duit yg aku expense:
Kos lawyer - RM 2167
Kos repair - RM 436.40
Kos furniture & barang2 letrik - RM 3899
Total - RM 6502.40
Duit bank bagi 'free' - RM 3000
Meaning that duit dari poket aku sendiri yg sebetul2nya aku guna - RM 3502.40 (total expense - duit bank bg 'free')...kurang lg daripada kos furniture..hehehe
Meh kita kira ROI plak
ROI = Sewa bulanan X 12 bulan (tempoh utk sethn)
--------------------------------------
Harga Belian
So, dalam kes rumah aku ni
ROI = RM 1000 X 12
------------
RM 105,000
= 11.43% - boleh la cukup2 makan..hehehe
So, saper kata tak blh beli rumah free...bank bg duit extra lg...hehehe. Dah tau teknik so blh buat lg lps ni.
Dah lama betul takde posting baru kat blog aku ni...2-3 minggu ni agak sibuk uruskan pasal rumah sewa aku...repair, masuk perabot, tukar nama, settle bill2 tertunggak etc...next posting nanti aku update pasal rumah sewa aku tu
3 minggu lepas jugak aku ada attend seminar Hartawan Hartanah anjuran Bri & partners. Seminar yang sangat bagus dan byk membuka minda aku pasal properties investment ni..lps seminar tu aku ambik masa agak lama jugak utk "cooling off period", berpikir dan merancang arah tuju aku slps ni..mengatur strategi dan tindakan yg perlu diambil utk mencapai matlamat aku..skrg ni aku dah start bertindak sikit2, consolidate commitment aku, bukak akaun utk wealth cycle investing (WCL)...org kata biar buat sikit2 dulu, daripada tak buat apa2 langsung kan?
Rules of thumbs utk menjadi org yg success dlm apa saja yg kita buat, especially dlm properties investments ni kita kena ada jawapan kepada 2 soalan yg penting: 1."Apa yang saya mahu" dan 2."kenapa saya mahu?".
Jawapan untuk soalan pertama mesti jelas; apa, bila, berapa...ala, macam korang jawab paper sejarah kat sekolah dulu2 la..mesti cikgu cakap, jawapan kamu mesti jelas, ada fact & figure, baru blh dapat markah lebi..hehehe..Cthnya: "Saya mahu jadi kaya dengan net worth 1 juta dalam masa 10 tahun akan datang" Jawapan tu clear kan? . Jawapan utk soalan ke-2 adalah push factor utk kita bertindak mencapai apa yg kita mahu. Jawapan ada dlm diri kita masing2..so, seblm tetapkan matlamat kita, siapkan dulu jawapan utk 2 soalan ni.
Once we know our goals, than we have to be focused on whatever we do to achieve it. Apa sajer halangan dan cabaran yg mendatang mesti ditempuhi dgn tabah..ceh, ayat skema..hehehe
Alang2 nak set goal, biar set yg tinggi2, walaupun nampak macam mustahil..biar org kata mcm angan2 mat jenin pun...ayah aku selalu sebut dulu "Always aims for the stars don't aim for the moon, becuase if you failed you'll land on the moon"...amacam, boleh?..
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP